CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA(myCPD).
KATEGORI CPD-A7: PEMBELAJARAN KENDIRI / PEMBELAJARAN BERKUMPULAN / KAJIAN KES / PEMBELAJARAN JARAK JAUH
Kriteria dan Penerangan
1. Pembelajaran Kendiri: Pembelajaran tentang sesuatu secara kendiri melalui buku-buku, rekod dan lain-lain bahan pembelajaran tanpa pengawasan secara langsung oleh penyelia atau kehadiran dalam kelas.
Dokumen Pengesahan: Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini adalah:
1. Buku: Dokumen bercetak atau ringkasan laporan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit / Pegawai yang diberi kuasa.
2. Jurnal: Menyerahkan Penilaian Kritikal (Critical Appraisal) yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit/Pegawai yang diberi Kuasa.
2. Pembelajaran Berkumpulan: Satu pembelajaran tidak formal secara berkumpulan untuk pertukaran dan pengumpulan idea dan maklumat mengenai subjek tertentu.
Dokumen Pengesahan: Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini adalah:
1. Senarai kehadiran.
2. Rumusan/Kesimpulan perbincangan atau pembelajaran atau Table of Evidence yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit/Pegawai yang diberi kuasa.
3. Kajian Kes: Proses atau rekod penyelidikan untuk pembangunan sesuatu organisasi, kumpulan sasaran atau situasi dalam tempoh masa tertentu. Dalam keadaan tertentu ia merupakan satu bentuk analisa ke atas sesuatu hipotesis atau teori.
Dokumen Pengesahan: Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini adalah:
1. Rumusan / laporan kajian kes (dalam bentuk jadual sinopsis / bukti) yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit/Pegawai yang diberi kuasa.
4. Pembelajaran Jarak Jauh: e-pembelajaran, pengajaran formal dan sistem pembelajaran yang di reka khusus menggunakan komunikasi elektronik. Lebih fleksibel dari segi masa dan boleh dihantar secara talian. Contoh adalah web casting, persidangan video, internet dan intranet.
Dokumen Pengesahan: Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini adalah:
1. Sijil sebagai bukti pembelajaran yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit /Pegawai yang diberi kuasa
KATEGORI CPD A8 : CME ATAS TALIAN
Kriteria dan Penerangan
Dokumen Pengesahan : Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini adalah:
1. Sijil yang disahkan daripada badan-badan CME yang diiktiraf oleh badan regulatori/skim perkhidmatan masing – masing
No comments:
Post a Comment